Ni lak antara kek perkahwinan yang mampu ku buat mengikut kehendak dan keinginan pelanggan. Syukur di panjatkan kepada Allah semua pelanggan berpuas hati dgn rasa dan bentuk yang di buat. Tq my customer.
Ini pula kek yang di order oleh yana untuk sepupunye di K.lipis. Tq yana kerana sering menyokong yek. Sanggup bawa dari Kuantan K Lepih.
Gambar di bawah ni antara design yang sama di pilih oleh customer. Semuanya teruja dgn coklat di atas cup cakes. Warna saja yang membezakan tuan punya kek.
kek yang dibawah ni pulak ditempah oleh k.azie (pegawai FAMA) sempena harijadi anak tunggal beliau. Untungnya Balqish kan.
Ni pula sempena perkahwinan anak K.gee. Kek perisa laici dengan taburan buah laici di dalamnya.
Perkahwinan yang bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota.
Gambar di bawah ni pula adalah tempahan daripada sepasang suami isteri yang menempah kek untuk perkahwinan anak beliau. Agak terkejut kerana biasanya menempah kek akan dilakukan oleh mempelai tp kali ini anaknya yang menyuruh ibu bapanya . Asalnya kek ini di tempah ada yang untuk harijadi, ulangtahun dan untuk pengantin.
Kek ni pula di tempah oleh pelanggan. Tak ingat dari mana tapi senang bekerjasama dengan beliau. Tak banyak kerenahh. Beliau menyuruh saya hantar ke rumah keluarganya di Felda Lepar. Sponsor untuk perkahwinan adik lelakinya. Jemput makan lagi. Fuh...memang meletup masakan kendurinya.
Salam sis, nak tnya yg bertingkat mcm ni berapa ye?
BalasPadam